Pages

Monday, May 24, 2010

KERANA AKU MASIH INGAT from KAMI the grouzine ( cerpen sdn.bhd )


“Setiap persahabatan mesti dimulakan dengan perkenalan yang singkat. Tapi adakah hubungan persahabatan itu akan menjadi singkat juga?? Andai ini adalah benar, lebih baik mengundur diri dalam setiap perkenalan..”

Renung Faz ke tingkap biliknya sambil menghirup udara pagi yang segar-bugar dan nyaman pada hari yang indah itu kerana kesunyian melanda dirinya. Keadaan hatinya kurang menyenangkan, tidak seperti keadaan pada pagi itu yang indah dan mempersonakan. Fikirannya mula memikirkan sahabat-sahabat yang semakin hari semakin renggangdan jauh dari diri masing-masing. Dia sedih dan bercelaru. Tapi kesedihan itu dapat dilindung disebalik senyumannya yang manis itu.

Setelah puas Faz mengirup udara pagi, dia masuk semula ke dalam bilik dan duduk sebentar diatas katil sambil fikirannya memikirkan sahabat-sahabatnya. Kemudian dia mengambil tuala yang tergantung disebelahnya dan terus membersihkan diri sebelum memulakan kehidupan harian. Setelah 15 minit berlalu, Faz siap daripada membersihkan diri, dia bersiap dan terus turun mengambil sarapan. Sarapan Faz biasanya disediakan oleh ibunya Puan Syakila.
“good morning ma??” ucap Faz.
“good morning sayang,” balas ibunya.
“ sedap sarapan hari ni ma,” puji Faz.
“biasa la siapa yang masak,” balas ibunya.
Faz lebih rapat dengan ibunya. Ini kerana ayahnya selalu ke overseas. Tidak kisahlah orang selalu cakap Faz ni merupakan anak mak, tapi Faz tidak menghiraukannya.

Tiba-tiba handphone Faz berbunyi. Terdengar suara perempuan yang lembut dan comel menyapa. Faz sudah tahu siapa perempuan itu, perempuan itu ialah Safiyah sahabat baik Faz.
“hello??”
“yap, kenapa kau call aku pagi-pagi ni??”
“saja ja.. aku bosan la duduk rumah, apa kata petang ni kita keluar lepak??”
“boleh juga.. pukul berapa nak keluar??”
“dalam pukul 4.00 petang okey??”
“okey.”
Faz dan Safiyah selalu keluar lepak. Hanya mereka berdua sahaja sahabat yang masih lagi bersama. Faz mula bertanya kepada Safiyah.
“ kau tak nak ajak Alfian, Sya dan Ika sekali ke??”
“ aku bukan tak nak ajak, mungkin mereka busy kot,” balas Safiyah.
Faz tidak memberi komen yang banyak. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja tanda tidak memprotes supaya persahabatan mereka kekal lama. Dia tahu Safiyah kurang berbaik dengan Alfian, Sya dan Ika.
“ okey la kita jumpa petang ni,” kata Faz
“ okey,” balas Safiyah.
Faz menghampiri laptop Apple miliknya. Dia menghidupkan laptopnya. Sambil dia menunggu dia teringat akan kenangan dia bersama-sama dengan Alfian, Sya, Ika dan Safiyah. Dia tersenyum keseorangan. Kini laptopnya telah hidup, dia membuka folder gambar dengan sahabat baiknya. Apa yang pasti Faz rindu akan saat-saat itu, sebab tu dia melihat kembali gambar-gambar tersebut, kemudian hati kecil Faz berbisik
“ kenapa persahabatan aku boleh jadi begini??”
“ adakah aku pentingkan diri sendiri atau ego menguasai diri??”
Persoalan itu bermain di benak fikiran Faz.

* * *

Jam sudah menunjukkan pukul 3.50 petang. Faz harus bersiap untuk berjumpa dengan safiyah. Setelah siap Faz keluar, setibanya Faz ditempat pertemuannya dengan Safiyah dia memandang wajah Safiyah dalam-dalam. Dia rasa keegoan mula menguasai diri Safiyah dan sebab itu juga Safiyah menjadi degil untuk berjumpa dengan sahabat-sahabatnya yang lain iaitu Afian, Sya dan Ika.
“ ada apa kau nakjumpa dengan aku?? Rindu ke??” Tanya Faz.
“ saja ja..buat apa aku nak ridu dengan kau,” sindir Safiyah.
“ habis apa hal??” soal Faz.
“ aku bosan duduk rumah, sebab tu aku ajak kau keluar jalan-jalan..bukan selalu kita bloleh keluar macam ni,” jawab Safiyah.
Faz bersembang tentang apa yang terlintas difikirannya. Faz pantang berjumpa dengan sahabat baik, kalau jumpa pasti akan melekat. Setelah habis Faz membuang masa bersama Safiyah dia kemudian keluar bersiar-siar di playground tempat mereka rajin lepak. Orang lain lepak di shopping centre mereka lepak dekat playground. Sebenarnya Safiyah menaruh harapan terhadap Faz tetapi belum tiba masanya untuk Safiyah menyuarakannya. Setelah sehari suntuk Faz keluar lepak, dia pulang ke rumah untuk merehatkan diri.

Pada keesokan harinya, Faz terasa ingin melepaskan rindu terhadap Ika, Alfian dan Sya. Dia mengambil handphone dan terus menghantar SMS untuk berjumpa dengan mereka. Ketiga-tiga mereka bersetuju. Faz cuba mengajak Safiyah untuk join sekali tetapi dia enggan. Safiyah masih lagi dengan keegoannya. Sebelum Faz berjumpa dengan sahabatnya yang lain dia membuka laptopnya dan duduk di meja tulis untuk menulis cerpen dan sajak hasil karyanya yang tersendiri. Tok, tok…tok,tok… pintu bilik Faz diketuk. Dia terus ke muka pintu untuk membukanya. Rupa-rupanya Puan Syakila datang menjenguk Faz.
“ ma nak apa??” Tanya Faz.
“ ma nak tanya kamu nak makan tengah hari tak??” Tanya Puan Syakila.
“ tak kot ma sebab Faz nak keluar dengan kawan jap lagi, maybe makan kat luar,” balas Faz.
“ kalau macam tu takpa,” jawab Puan Syakila.
Ibu Faz amat mengambil berat tentangnya. Masa yang ditunggu telah tiba, Faz tidak sabar untuk berjumpa dengan sahabatnya yang lain. Semasa dalam perjalanan Faz terserempak dengan Safiyah yang sedang bergembira dengan orang lain. Faz mula terasa Safiyah kini lebih selesa dengan orang lain daripada sahabat karibnya sendiri. Setelah Faz tiba ditempat yang hendak dituju kerana ingin berjumpa dengan Ika, Alfian dan Sya, dia lihat mereka tidak bercakap antara satu sama lain. Faz hanya perhati sahaja sebelum memanggil mereka kerana ingin melihat apa yang terjadi seterusnya. Tiada apa-apa yang berubah, masing-masing tak mahu membuka bicara. Memang amat menyedihkan Faz. Setelah penat melihat, Faz memanggil sahabatnya.
“ hai geng, datang la sini??”
Sahabat-sahabatnya menoleh. Masing-masing seperti tidak mengenali antara satu sama lain. Faz mengajak mereka duduk dan Faz jugalah yang mengajak mereka bercakap. Kalau tidak Faz yang mulakan pasti sampai bila mereka tidak akan bercakap.
“ apa cerita kau Ika??” Tanya Faz.
“ tak da yang menarik, macam biasa ja,” jawab Ika.
“ kau pula Alfian??” Tanya Faz.
“ aku pun biasa, duduk depan komputer main games tu kerja aku,” balas Alfian.
“ macam mana dengan kau pula, Sya??” Tanya Faz lagi.
“ aku sekarang ni tengah berjinak-jinak dengan muzik, cadang nak buat band,” balas Sya.
“ bagus la kalau macam tu,” puji Faz.
Faz bertanya kepada mereka lagi. Biasa la dengan Faz, suka kalau berjumpa denagn sahabat karib pasti riuh.
“ kenapa suasana dalam kalangan kita sunyi?? Dah tak macam dulu,”
Semua orang diam dan menundukan kepala. Faz tahu semua orang terasa jauh antara satu sama lain tetapi Faz hiraukan sahaja. Matlamat Faz hanya satu iaitu ingin menyatukan kembali persahabatan mereka.

Dalam asyik menjamah makanan, alih tak alih Sya memula bertanya kepada Faz.
“ mana perginya Safiyah?? Bukan dia selalu dengan kau??”
“ tadi aku ada ajak dia, tapi dia kata dia tak nak join sekali.”
“ ego betul minah tu,” sampuk Ika.
“ kenapa??” Tanya Alfian.
“ tak, saja je,” balas Ika.
Faz hanya menggelengkan kepala. Dia mengambil kamera yang dibawanya lalu mengambil gambar mereka berempat sebagai kenangan. Tapi sayang Cuma Safiyah saja yang tiada. Mereka semua pantang nampak kamera. Kalau jumpa pasti akan berposing habis. Setelah habis makan dan meluangkan masa bersama, mereka pulang ke rumah.

Setelah tiba dirumah, Faz amat happ dan enjoy dengan perjumpaan tadi. Sebelum mengelamun panjang lebih baik dia pergi membersihkan diri dan solat. Setelah solat Faz membuka akaun facebooknya. Selain menulis Faz selalu online untuk mengisi masa lapang yang ada. Pada masa itu juga Safiyah pun online bersama. Tiba-tiba Safiyah menyapa Faz.
“ buzz!!!”
“ kenapa cik adik??” balas Faz.
“ best tak petang tadi??” tanya Safiyah.
“ best sangat, tapi kau saja yang tiada. Sebab hal kecik tu la yang menyebabkan jadi tak bestnya,” kata Faz.
Safiyah mula menanyakan hal petang tadi. Dia seakan tidak berpuas hati. Setelah lama Faz online, dia mula berasa bosan dan terus menutup akaun facebooknya untuk menyambung penulisanya iaitu cerpen karyanya. Tetapi sebaik sahaja dia ingin mula menulis, tiba-tiba wajah sahabatnya mula bermain difikirannya. Dia mula memikirkannya. Persoalan yang timbul ialah apa yang akan terjadi kepada tali persahabatan mereka suatu hari kelak. Faz sukar untuk melupakannya. Tetapi Faz cuba sedaya upaya untuk melupakannya. Setelah dia boleh lupa, dia menyambung semula cerpen yang belum siap sepenuhnya lagi. Penat menghampiri diri Faz, dia mula terasa ingin melelapkan mata. Dia lihat kearah jam dan jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Masa ini merupakan masa untuk Faz melelapkan mata. Faz turun dari kerusi meja tulisnya dan meluru ke arah katil miliknya untuk tidur.

* * *

Krinnnggggg….jam loceng biliknya berbunyi. Sudah tiba masanya untuk Faz pergi ke sekolah. Faz masih lagi bersekolah dan merupakan pelajar tingkatan lima. Tahun ni Faz akan menduduki peperiksaan besar iaitu SPM yang akan menentukan hidupnya. Di sekolah Faz bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain. Ika, Sya, Afian dan Safiyah juga pelajar tingkatan lima dan mereka sekelas dengan Faz. Semua pelajar tahu bahawa mereka sahabat baik termasuk cikgu yang mengajar kelas mereka. Faz memanggil Ika, Alfian, Sya dan Safiyah untuk besembang.
“ petang ni korang nak study tak??” tanya Faz.
“ tak oleh la sebab aku ada hal,” kata Alfian.
“ aku pu sama,” sambung Ika.
“ okey, kalau macam tu tak pe la,” jawab Faz.
Tapi dalam keriuhan itu Safiyah hanya mendiamkan diri. Dia tidak bercakap banyak dan hanya melihat sahaja. Keadaan Safiyah sangat lemah dan wajahnya pucat. Faz bertanya kepada Safiyah.
“ kenapa dengan kau Safiyah??”
“ tak da apa-apa, cuma rasa tak larat je,” jawab Safiyah.
Faz hanya lihat sahaja. Tapi dalam hati kecil Faz sangat risau dan bimbang dengan Safiyah, yang lain pun begitu. Mereka sudah macam adik beradik. Setelah beberapa jam berlalu, loceng pulang berbunyi. Semua pelajar bergegas untuk pulang ke rumah, tetapi mereka berlima masih lagi di sekolah. Tiba-tiba Safiyah keluar dan terus lari ke tandas. Semua menadi hairan dan Faz menyuruh Ika dan Sya pergi melihat Safiyah. Sya dan Ika bergegas pergi mendapatkan Safiyah. Mereka melihat Safiyah kelihatan lemah dan wajahnya pucat. Sya menghampiri Safiyah. Dia bertanya Safiyah apa yang berlaku dan Safiyah hanya menjawab yang dia tiada apa-apa. Sya dan Ika hanya menggelengkan kepala, mereka tahu yang Safiyah menyembunyikan sesuatu kepada mereka.
“ apa yang terjadi?? Cerita pada kami,” Tanya Ika.
“ tak da apa-apa, jangan risau tentang aku,” balas Safiyah.
“ kami tahu ada sesuatu terjadi pada kau Safiyah,” sampuk Sya.
“ sebenarnya aku baru tahu yang aku baru saja menghidapi penyakit yang boleh membawa maut iaitu penyakit barah otak,” cerita Safiyah.
Sya dan Ika terkejut. Mereka seakan-akan tidak percaya, dan mereka berdua mula mengalirkan air mata termasuk Safiyah yang cuba memujuk mereka sepaya jangan menangis. Meraka baru tahu kenapa Safiyah jarang keluar dengan mereka, ini kerana disebabkan olh penyakit itu.

Setelah lama Faz dan Alfian menunggu, Sya, Ika dan Safiyah keluar dari tandas dan terus melulu kearah Faz dan Alfian. Tapi Safiyah memberitahu Sya dan Ika supaya jangan memberitahu perkara ini kepada Faz dan Alfian.
“ apa yang terjadi kepada kau safiyah?” tanya Alfian.
“ takda apa-apa cuma letih sikit ja,” balas Safiyah.
“ kau sepatutnya kena cukup rehat,” nasihat Faz.
Setelah semua perkara ini reda mereka semua pulang ke rumah bersama menaiki bas. Perasaan sedih dan hiba menyelubungi hati Sya dan Ika, tetapi tidak ditunjukkan kepada Faz dan Alfian kerana tidak mahu melanggar perjanjian dan menyedihkan lagi keadaan.

* * *




7 bulan dah berlalu, 2 bulan lagi mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Safiyah masih lagi boleh bertahan sehingga kini penyakit yang dihadapinya. Tapi kini persahabatan mereka semakin hari semakin baik dan akrab seperti yang mereka inginkan. Mereka semua mengambil berat antara satu sama lain dan saling tolong-menolong. Safiyah tidak menunjukkan sebarang kelemahannya di hadapan Faz dan Alfian. Hidup Safiyah mungkin tidak panjang lagi, Safiyah menyuruh sahabat baiknya ini berjanji dengannya supaya berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM ni. Faz terasa lain macam terhadap Safiyah.
“Kenapa dengan kau ni?” tanya Faz.
“saja aku kata begini sebab aku nak membakar semangat korang, tak oleh ke?” jawab Safiyah.
“ hahaha….” Faz ketawa kecil.
Mulai saat itu mereka belajar bersungguh-sungguh demi menjamin masa depan mereka semua.

Selain dari tu, mereka juga berharap agar persahabatan mereka kekal sehingga dewasa kelak.semua orang mengharapkan persahabatan kekal, tetapi sekar untuk mengekalkannya. Faz mengajak mereka melepak di rumahnya petang nanti untuk melepaskan tension. Semua mereka setuju dan selepas waktu sekolah mereka terus pergi ke rumah Faz.
“ cantik rumah kau,dah lain,” puji Alfian
“ betul cantik,” tambah Ika dan Sya.
Ibu Faz melayan mereka dengan begitu mesra. Dia melayan mereka seperti melayan Faz anak kesayangannya itu. Mereka menceritakan kenangan mereka msa dahulu. Cerita sebegitu menjadi bahan ketawa mereka. Sambil melepak tiba-tiba mereka berasa bosan dan ingin study pula. Masing-masing study apa yang mereka lemah dalam kelas. Keadaan Safiyah semakin tenat dan hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan Faz, Alfian, Sya dan Ika.

Kini masa yang ditunggu-tunggu telah tiba kerana esok adalah hari bermulanya SPM. Persediaan telah dibuat oleh mereka sejak awal bulan lagi dan mereka hanya menunggu hari esok sahaja. Hari ini adalah hari cuti umum untuk mereka kerana mereka akan menghadapi peperiksaan esok, jadi boleh rehatkan minda sikit disamping membuat ulangkaji sikit-sikit. Alfian berasa bosan duduk dirumah, dia mengambil handphonenya dan terus menelefon Faz.
“ kau buat apa, study?” tanya Alfian.
“ ya, kenapa?” balas Faz.
“ saja..aku bosan duk kat rumah,” sambung Alfian.
“ aku pun sama, nak kita pergi window shpping dengan yang lain?” tanya Faz.
“ ok jugak, set petang ni,” balas Alfian.
“ ok,” balas Faz.
Faz menelefon yang lain dan mereka bersetuju untuk keluar shopping. Tetapi Safiyah sahaja yang tak dapat join sebab dirinya letih dan lemah.

Hari ini SPM bermula, Faz dan yang lain bersiap untuk pergi ke sekolah. Semasa tiba di sekolah Faz hanya nampak Ika, Sya, dan Alfian sahaja tetapi Safiyah tidak kelihatan sama sekali.
“ mana Safiyah?” tanya Faz kepada Sya.
“ tak tahu,” jawab Sya.
Mereka semua bimbang akan Safiyah yang datang lambat ke sekolah untuk mengambil peperiksaan. Tiba-tiba pengawas peperiksaan menyuruh semua pelajar masuk kedalam dewan sebelum peperiksaan bermula. Tetapi Safiyah belum sampai lagi. 15 minit sedah berlalu, tiba-tiba Safiyah sampai dan nasib menyebelahi Safiyah kerana dia dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan. Faz dan yang lain berasa lega kerana Safiyah hadir jugak.
“ selamat,” bisik hati kecil Faz, Ika, Sya dan Alfian.
Kertas pertama mereka ialah bahasa melayu. Wajah Safiyah begitu pucat dan penuh dengan kegelisahan. Tentu fikirannya masih lagi bercelaru. Setelah 2 jam setengah menjawab, masa telahpun tamat. Mereka semua lega kerana boleh menjawab. Setelah kesemua kertas dijawab mereka pun balik kerumah untuk mengulangkaji pelajaran untuk hari esok.

Hari ini hari kedua peperikaan, semua pelajar termasuk mereka bersedia untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan. Keadaan Safiyah semakin tenat.
“Kau taka pa-apa ke?” tanya Alfian.
“ aku sihat,macam biasa,” balas Safiyah.
“ kalau macam tu takpe la,” sambung Alfian.
Setelah setengah jam berlalu, tiba-tiba Safiyah terjatuh dari tempat duduknya. Semua pelajar terkejut dan yang paling terkejut ialah Faz, Ika, Alfian dan Sya. Mereka amat-amat terperanjat. Tapi apakan daya mereka tidak boleh menolong kerana sibuk dengan peperiksaan. Pengawas bertugas membawa Safiyah keluar dari dewan dan mereka hanya mampu melihat dan berdoa sahaja. Hati semakin tidak tenang untuk Sya, Ika, Alfian dan Faz menjawab peperiksaan kerana memikirkan Safiyah. Setelah selesai menjawab paper add math mereka keluar bersembang sebelum meunggu paper seterusnya.
“ kau rasa apa yang terjadi kepada Safiyah,” tanya Alfian.
“ tak tahu la,” pura Sya.
“ apa kata lepas habis peperiksaan kita pergi ke rumah Safiyah?” ajak Faz.
“ ok jugak, jom,” balas Ika.
“ ok, pukul 6.00 petang,” jawab Faz.
Pengawas peperiksaan menyuruh semua pelajar masuk semula ke dalam dewan peperiksaan. Mereka pun masuk semula ke dalam dewan peperiksaan semula untuk menjawab paper seterusnya. Setelah selesai menjawab mereka hanya menunggu pengawas peperiksaan memberi arahan untuk pulang. Setelah mendapat arahanmereka terus keluar dan terus bergegas pulang. Setelah bersiap mereka keluar semula untuk pergi ke rumah Safiyah. Ika, Sya dan Alfian sudah menunggu Faz di playground. Tidak lama kemudian Faz tiba dan mereka terus bertolak ke rumah Safiyah. Beberapa minit berlalu dan mereka tiba di rumah Safiyah. Faz menekan loceng rumah Safiyah dan ibu Safiyah datang membuka pintu pagar. Ibu Safiyah menyuruh mereka masuk.
“ kamu semua datang nak jumpa dengan siapa?” tanya ibu Safiyah.
“ kami nak jumpa Safiyah, dia ada di rumah tak aunty?” balas Alfian.
“ dia ada tapi dia tengah rehat,” jawab ibu Safiyah.
“ kenapa?” tanya Faz dan Alfian.
Sya dan Ika sudah tahu perkara ini tetapi mereka berpura-pura macam tidak tahu.
“ dia sebenarnya menghidap penyakit barah otak,” sampuk ibu Safiyah
“ kenapa boleh jadi macam ni, sebab tu wajahnya selalu nampak pecat dan lemah,” balas Faz.
Alfian juga terkejut dengan berita ini. Mereka terus pergi ke dalam bilik Safiyah dan melihat keadaan Safiyah amat menyedihkan. Dia terbaring kaku dan hanya mampu melihat dan bercakap sahaja.
“ kenapa kau tak beritahu awal-awal lagi perkara ni?” tanya Faz.
“ aku tak mahu menambah kesedihhan kau,” balas Safiyah.
“ tak pun, aku tak anggap ini sebagai beban,” jawab Faz.
Safiyah hanya ketawa. Dia memberitahu sahabatnya supaya meninggalkannya dengan Faz sahaja. Sahabat-sahabat yang lain keluar. Safiyah mula bercakap dengan Faz.
“ aku sebenarnya nak beritahu kau sesuatu”.
“ apa?”.
“ aku sebenarnya dah lama sukakan kau Faz, aku mahu kau jadi teman istimewaku selama-lamanya”.
Faz terkejut. Dia memanang mata Safiyah. Adakah Safiyah bercakap benar bahawa dia inginkan Faz. Safiyah menyuruh Faz katakana ‘ya’. Dia mahu Faz menjadi teman istemewanya dengan sepenuh hati. Faz meneima ajakan itu. Faz berbuat demikian bukan terpaksa tapi kerana kerelaannya berkawan dengan Safiyah. Faz tak mahu Safiyah sedih sebelum saat terakhirnya. Faz seterusnya meminta izin Safiyah untuk keluar dan Safiyah membnarkannya. Faz keluar dan pergi mendapatkan kawan-kawannya yang lain.
“ apa yang Safiyah kat?” tanya Ika.
“ takda apa-apa cuma sembang biasa ja,” balas Faz.
Wajah Faz sangat lain. Setelah lama berada di rumah Safiyah mereka pulang ke rumah. Setelah tiba dirumah, Sya bersihkan diri dan menunaikan solat maghrib dan berdoa supaya Safiyah sihat kembali begitu juga dengan yang lain mereka pun berdoa.

Hari ketiga peperiksaan telah bermula, Faz, Ika, Sya dan Alfian sudah tiba di sekolah. Peperiksaan elah bermula tetapi Safiyah belum sampai lagi. Kali ini merupaka kali kedua Safiyah lewat mengambil peperiksaan. Faz dan yang lain rasa Safiyah lewat bangun. Meraka menjawab peperiksaan seperti biasa. Sejam berlalu dan Safiyah masih lagi belum sampai, kegelisahan bermain di benak fikiran Faz dan yang lain. Peperiksaan dah nak habis tetapi Safiyah tidak sampai jugak. Krriingggg….loceng berbunyi dan peperiksaan tamat. Peperiksaan masa kedua juga Safiyah tidak muncul. Sebaik sahaja peperiksan tamat mereka terus ke rumah Safiyah, setelah tiba mereka sangat terkejut kerana rumah Safiyah dipenuhi ramai orang.
“Tentu ada yang berlaku,” kata Alfian.
“ tak tahu la, jom kita masuk,” ajak Sya.
Mereka masuk dan mereka melihat ibu Safiyah menagis. Sya dan Ika pergi meredakan ksedihan ibu Safiyah itu dan ibu Safiyah memberitahu mereka bahawa Safiyah telah meninggal dunia subuh tadi. Aunty dapat tahu semasa aunty nak kejutkan dia sembahyang subuh, alih-alih dia dah tak bernafas. Semua terkejut. Mereka tidak dapat menahan air mata kerana Safiya sahabat baik mereka dan Faz yang paling sedih kerana dia baru sahaja mahu mengenali Safiyah dengan lebih dekat lagi, tetapi Safiyah taelah meninggalkan dia dan sahabta yang lain. Mereka turutmenguruskan pengebumian Safiyah. Setelah selesai mereka pulang, suasana sunyi menyelubungi hari itu dan setiap perjalanan mereka. Keriuhan hilang serta-merta.

* * *

Peperiksaan terus dhadapi oleh mereka walaupun sahabat baik pergi. Mereka telah berjanji dengan Safiyah supaya mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam hidup. Mereka ingin mengotakan janji itu kerana itulah janji terakhir mereka. Faz menceritakan kepada sahabat-sahabat yang lain bahawa Safiyah mahu dia menjadi kekasihnya. Faz mencerita bahawa dia bersetuju. Ika, Sya dan Alfian terharu tetapi apakan daya masa ta mengizinkan perasaan itu. Setelah dua minggu peperiksaan tamat dan dua minggu jugalah Safiyah pergi meninggalkan mereka. Mereka tidak berseronok seperti dahulu lagi kerana masa sudah berubah.
“ huh..peperiksaan dah habis,lega,” kata Alfian.
“ lega tapi kerinduan aku terhadap Safiyah takkan habis,” jawab Faz.
“ kami pun sama, kita kena redha atas pemergian Safiyah,” nasihat Ika dan Sya.
Mereka semua meneruskan hidup seperti biasa. Kegembiraan kembali seperti biasa tapi tidak seriuh dahulu yang ada cuma gambar dan kenangan sebagai bukti yang mereka pernah bersama. Nasihat, tawa, tangis dan yang manis tentang Safiyah terus mekar kembang dalam ingatan Faz, Ika, Alfian dan Sya dan Faz menulis cerpannya semula dantajuk cerpennya ‘KERANA AKU MASIH INGAT’…KAMI.
THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

0 candidates in class:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
::JUMPA LAGI a.k.a SEE YOU AGAIN::