Lilypie Kids Birthday tickers

Pages

Friday, December 31, 2010

Happy New Year Bloggers!!

Assalamualaikum bloggers


(^______^)
korang maybe dah tau apa yang aku nak tulis untuk entry kali ni kan?? berdasarkan tajuk entry n gambar pada entry aku korang mesti dah tau punya, kalau tanya budak kindergarten pun boleh jawab..haha..

ok sempena hari ni hari last untuk kita mengakhiri hari kita dengan tahun baru marilah kita berdoa beramai-ramai agar hidup kita pada tahun akan datang lebih maju dan bagus serta mendapat keredhaan Allah s.w.t..aku nak tanya korang ni.aku ni dah macam nuffnang punya poll dah..haha..arrrhhh..aku tak kisah korang nak kata apa pun, apa yang aku nak tanya aku tanya korang..ni aku nak tanya..sapa nak jawab bleh angkat tangan.. apa azam tahun baru korang?? haha..soalan budak tadika la derr..biasa la soalan macam ni la yang orang akan tanya bila masuk tahun baru, termasuk la aku orang tu..hehe. (^___________^)..

azam aku untuk tahun baru ni, aku nak hidup aku happy, semua orang sayang kat aku n aku nak aku berjaya dalam hidup..lagi satu aku nak pegi luar negara..haha..korang bagaimana?? kalau nak bagitau aku komen la untuk entry ni..haha..

lagi satu..tahun 2010 ni banyak kenangan untuk aku..ada kenangan pahit dan ada yang manis..memang best la tahun 2010 ni..tahun 2010 ni jugak adalah tahun aku last belajar di sekolah aku tuh..banyak juga kenangan kat aku masa kat sekolah tu.. =D..kawan2 aku semua dah tak boleh jumpa, kalau jumpa pun kadang2 ja..tak macam dlu..wei2 awat cerita jiwang pulak ni..adddeeesss!!!

ok lah for my last words to says is "Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving." Don't look back!! anythings happened just ignored it, looked forward and make a new constancy for this new year.."HAPPY NEW YEAR 2011"

welcome 2011, goodbye 2010..

semangat new year sebab tu aku masukkan banyak gambar..haha..biasa la aku tak boleh over sikit..kalau over habis la..haha.. =D

THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

Tuesday, December 28, 2010

What Berry Are You?

hey blogger!!

korang mesti tak fahamkan apa tajuk entry yg aku tulis ni kan?? benda tu macam ni..dia akan bantu kita cari apa berry kita..lebih kurang macam mana berry kita berdasarkan perwatakan kita..ada paham..kalo tak faham jugak rujuk la sendiri kat web dia..nanti aku bagi link..lepas tu kita boleh pulak menang LIMITED EDITION BLACKBERRY smartphone..memang best la kan..korang jangan tak join plak..mana la nak tau kan rezeki korang boleh dapat BLACKBERRY [BB] free..aku saja caps lock perkataan BB tu sebab aku nak tunjukkan bertapa excitednya aku.. (^________^)v
aku dah masuk contest ni..korang bila lagi??? nama contest tu lebih kurang macam nama entry aku kat atas tu la..aku saja syok2 main game tu..bukan selalu pun..wei best jugak tau main benda tu..korang boleh try la, jangan tak try plak..ni aku bg link dia.. http://whatberry.com.my/
contest tu ada link dengan DIGI..DIGI yg buat contest ni..ni aku nak tunjuk sikit apa aku dapat lepas beberapa round aku play games ni..


FIRST??


GEEKBERRY!! hahaha..layan noo dia bagi aku geekberry..tapi comel jugak la geekberry ni..macam tau2 je aku ni comel..huahua..kalau aku geekberry aku bukan baca buku ilmiah sgt, aku lebih baca kepada FACEBOOK.. =P


SECOND??


haha..tegok untuk kali kedua pulak aku dapat KEPOHBERRY!! for blogger information i'm not such that berry ok.. i'm not kepoh even jaga tepi kain orang..maybe kesilapan teknikal kot..haha..[pandai je nk larikan diri].. ^_______-


THIRD??

kali ke-3 dia cakap aku LOVEBIRDBERRY!!! yang ni aku setuju..hehe..gatai la aku..DIGI takut aku tak mau main games dia sebab tu dia sanggup bg kt aku yang COOL!!! haha..jahat tak aku..aku tak jahat la..semua ni adalah lakonan semata-mata..

okey la guys..i've done write this entry..tp sebelum tu, masa aku tgh tggu result apa berry aku..dia ni dialog dalam hati aku.. [lihat kebawah]

HATI AKU: BERRY APA LA YANG AKU DAPAT NI?? MINTAK2 LA BERRY YANG AWESOME SIKIT..TAK LA MALU AKU NAK UPDATE BLOG NANTI..HAHA..

tengok sampai entry aku tulis warna ikut warna digi..haha.. HITAM N KUNING.. [^______________^]
haha..

p/s: korang masuk tau contest tu!!! bye!!!!



THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

Sunday, December 26, 2010

Boneka Hati Yang Cela

aku seringkali mendengar bisikan mu
seringkali mendengar rayuan mu
seringkali mendengar caci-cela mu
semakin aku mengenali mu
semakin kuat dan berani
kau mempermainkan aku
memprejudiskan aku
mengumpat aku
memperbodohkan aku
tanpa rasa bersalah dalam diri
dan kini kau mencelakan hati aku
hati yang telah kau miliki suatu ketika dahulu
tetapi kini
hati ku telah kau berikan kembali
beri dengan kekecewaan disisi
aku terima
aku genggam dengan erat
agar hati aku yang kau telah celai
tidak terus lusuh dan hancur
oleh seorang yang tidak boleh dipercayai
seperti kamu
wahai manusia tanpa perasaan 
menjadikan aku
boneka yang cela hatinya..


THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

Banner Blog Baru, tapi baru nak update


hi blogger boy and blogger girl!!

apa yang korang buat hari-hari sebelum ni??? mesti happy kan sekarang ni..[wah2 ayat macam aku ni tak happy je]..hari tu aku ada la buat banner untuk blog ni..tapi baru buat satu je..tu pn aku buat sendiri la..tak da orang nak buat untuk aku..biasa la budak bujang..hehe..never mind aku ni bujang ke duda ke ape ke..janji aku boleh buat apa yang orang lain boleh buat..hahaha..[gelak dengan megah]..okey, aku rasa aku dah melalut banyak ni..kembali dari apa yang tertulis bagi entry ni..sebelum aku nk bercerita panjang lagi pasal entry ni baik aku tunjuk dulu banner dia..taaaaarrrrraaaaa!!!! surprise!!!

click this picture to enlarge it..

nampak2..kalau tak nampak alamatnya dah sampai waktunya..hehe..korang suka tak?? kalau suka credit la untuk aku dengan korang semua.. =D..ni la banner pertama aku..banner ni sekarang aku guna untuk blog interface aku..sekarang ni mai aku nak cerita serba sedikit tentang banner ni..first, kenapa 'blog tanpa diriku'..jawapan dia sebab suka hati aku la nak guna apa pn sebagai nama blog aku..haha..betoi tak???..tak la maksud dia blog ni mesti kena ada aku kalau tak de aku alamat dia tak bernyawa la blog ni..dan yang paling penting outdated la blog ni..haha..bla outdated tak best la..

second, kenapa aku letak gambar orang kat situ?? jawapan dia sebab aku nak kata aku ni orang la..kalau aku tak beruang ke apa ke nanti blogger ingat aku ni haiwan..haha..lagi pun sesuai dengan nama blog aku..lagi satu kenapa aku guna description blog aku macam tu??? jawapannya cuma description tu ja yang ada dalam kepala otak aku ju masa tu..hehe..tiba2 je idea keluar macam tu..so aku tulis macam tu je la..korang ok kan?? ni aku tulis untuk korang.. " kau takkan hidup dan tak mempunyai isi serta takkan menarik mata si follow'..bagus tak??? bagus punya..[angkat bakul sendiri]..haha..

third, kenapa aku guna warna purple dekat nama blog aku tu?? jawapannya, aku nak bagi matching warna baju aku tu dengan warna tulisan tu..haha..ingat lelaki tak tau ke main matching2 ni..hehe..nak jugak aku tengok blog aku cun, segak, handsome, kacak, ganteng, good looking macam selebriti..haha..perasan lebih aku ni..tentu korang tertanya lagi kenapa aku letak sign..jawapannya, aku letak la sebab aku nak tunjuk kata tu blog aku..haha..asyik2 jawapan yang tak munasabah ja aku bagi kat korang kan..korang kena terima la..haha..jahat bonar aku ni..

okey la konklusinya tu la sedikit sebanyak tentang banner blog aku..apa yang kurang datang dari aku..apa yang baik datang dari ALLAH S.W.T..ok la korang judge la bagaimana ok..blog aku suka hati aku nak buat apa..apa korang kisah..haha.. =D..kan dah kena dengan aku..relax derrr..kalo tak leh nak sabar jugak terjun la laut ke apa ke..sekarang aku ada keja lain nak buat..

Places to go, people to see, things to do...

bye..chalo...





THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

Wednesday, December 22, 2010

L♥VE


-HANSTULISLOVE-


Ok hari ni aku nak bercerita tentang love = cinta..memang tak dapat disangkal lagi cinta akan berputik dalam diri setiap individu yang bergelar manusia ni..bagi sesetengah individu yang kemaruk sangat tentang cinta ni sanggup melakukan apa saja..demi cinta la katakan..contohnya macam dialog ni.. "tanpa cinta hidup tak akan sempurna"..wah-wah..memang layan la kan.. ni blogger boy and blogger girl korang pun macam tu jugak kan??? baik ngaku je la..*macam ugut plak aku ni* ..hehe..aku tak macam tu la sis and bro aku suka more to single..acece..okey sebelum aku merepek panjang lebar lagi..mai aku nak terangkan sikit tentang cinta ni..jom ikut aku!!

CINTA.. Cinta bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segalanya.selain itu,Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan di jelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka. Cinta adalah segalanya.cinta hadir tanpa diundang..keikhlasan rasa cinta membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri kita. kerana cinta itu memberi sejuta rasa, tidak keterlaluan jika aku katakan cinta itu anugerah yang tidak terhingga. malah, Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan kita boleh menjadi diri kita sendiri, tak perlu make up, tidak perlu pakaian mewah semasa dengannya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu satunya insan yang dia sayangi.

ha..macam tu la erti cinta..korang terima tak??? pandai-pandai la buat teladan..hehe..cinta yang kita cari & yang datang dengan sendiri tu adalah cinta yang kita inginkan dari dasar hati..kalau kita tak mahu dengan cinta itu lebih baik jangan terimanya..biarkan ia berlalu pergi..jangan paksa diri jika korang tidak bersedia lagi menerima cinta dalam diri..ni satu lagi bila kita dah mula bercinta timbul la puisi, sajak tentang cinta..yang pelik tu banyak idea pulak tu nak tulis apa..bila cikgu suruh buat karangan hampeh..sebagai contoh ni dia..hayati la..

baca tau..kalau korang nak salin pun boleh..dipersilakan..hehe..macam ni la ayat bila orang mabuk cinta..siap tulis bahasa mat or mak salleh lagi.haha..layan..mesti cair punya awek kalau dapat macam ni..giler siot..haha..sebelum korang nak bercinta dengan seseorang cinta la dulu dengan Allah..ibu bapa..pastu cintai lah keluarga..kawan-kawan dan terakhir barulah cintai kekasih.. =D..jangan teburu-buru mencintai dan dicintai..minta lah izin dan redha-Nya..Insyaallah mendapat keberkatan..Amin..

JANGANLAH MENJADI MANGS CINTA..INGAT DIRI KITA ADALAH UNTUK SESEORANG YANG BAKAL MILIK KITA SELAMANYA..JANGAN MUDAH TERPEDAYA..

mangsa cinta sebegini akan menyusahkan diri dan keluarga..JANGAN TIRU AKSI INI DI RUMAH..INGAT!!!!


akhirilah cinta korang dengan perkahwinan yang grand..perkahwinan yang kekal abadi selamanya dihati..




THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

Sunday, December 19, 2010

happynye...

=D =D =D
THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

Friday, December 17, 2010

please ajar aku!!!

wei da la satu blog ni..aku tak leh la kasi nama sebab nnt menaibkan dia plak kan..ni aku nk tny korang, kalo orang terbaca la..mcm mna nk unfollow blog..bog org tu ada malware la..mcm mna nk UNFOLLOW ek?? ajar aku.cpt2..bila aku nk buka dashboard ja kuar notice cakap da malware..plez3...

(T_T) sedih...

THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

Monday, December 13, 2010

incident basuh kereta : terlebih sudah.. =P


ni aku ada cerita kat hampa semua ni..memang kelakar la..kelakar habis.. *(^_^)*..haha..pagi yg nyaman lagi aman, aku dgn kak aku buat la cadangan nak basuh kereta..aku dgn kak aku pun setuju la..pegi la basuh..basuh punya basuh ada la kereta bunyi..bila dia buka kereta bunyi..bila dia tutup kereta bunyi..aku dgn kak aku pn dengar la..pastu kita org cakap la mcm ni..

ikuti dialog dibawah:

kak edina : kereta sapa bunyi tu??

aku : kereta org hujung sana kut.. *sbb kt sebelah3 rumah aku tu pun basuh kereta gak*

kak edina : kenapa dia buat bg bunyi ek??

aku : mana la aku tau, maybe nk tarik perhatian kut..*dengan ketawa kecil*

kak edina : maybe la kut..*turut ketawa*

aku : haha..memang sakan la.. =DD

kitaorang pun ketawa la..alih2 kak edina aku toleh kt belakang..dialog yg kuar mcm ni..

kak edina : farid.. farid..

aku : kenapa??? *kening terangkat sebelah*

kak edina : kau toleh belakang jap farid..

aku pun toleh la atas permintaan kak edina aku tu..toleh2 tgk jiran aku punya kereta..mmg terkantoi la..haha..dh la org tu duk sebelah ja..tu la jahat sangat aku ni..haha..kan dah terlebih..pastu aku harap sangat org tu x dengar la..haha..tapi memang best.. =D



moral of the story..jangan main2 dengan benda mcm ni..tengok dulu kiri kanan kalau nk mulakan bicara..hehe..kalo tak jd la mcm aku dengan my sis..layan giler..tp yg pasti be cool kalo jd mcm ni..

THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

wei umat manusia SPM dah habis!!!

Amacam dengan school holiday ni??? best ke tak??? wei aku kat sini best gilerrrrr...haha..mau tak best nak ambik lesen gitu..lepas ni bleh la aku terbang jauh lagi..makin jauh.. =D.. lepas habis buat lesen aku nak keja part time jap..masa ada masa nak jugak aku cari experience keja..kalo sempat la..ok, berbalik dari cerita kita kembali..macam dekat title di atas "WEI UMAT MANUSIA SPM DAH HABIS!!!" tentu korang dah tau apa kan??? jawapannya SPM dh habis la..haha..sbb tu aku bleh ambik lesen tu..mmg melompat keriangan la aku..sbb tu aku kata best cuti tahun ni..haha.. =DD..semua paper aku selesai..Alhamdulilllah..

spm dah habis..so, kita enjoy!!!


aku harap dapat la A+ banyak sikit..boleh la aku angan2 mabuk kepayang.. =p..bila lagi nk angan2 kan..dalam hidup ni kena la angan2 sikit..aku dh penat dah belajar..aku dh all out habis hrp2 dapat macam pic kat bawah ni..buat masa sekarang aku hanya boleh berdoa dan bertawakal..harap2 dapat..amin..

A+!!! i'm waiting for you..what you waiting for???

THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

Thursday, December 9, 2010

SAW 6

http://www.fileserve.com/file/TmK7bJh/Saw.6.2009.Unrated.DVDRip.Xvid.AC3-TeBuGG.part1.rar
http://www.fileserve.com/file/3Tf9KyR/Saw.6.2009.Unrated.DVDRip.Xvid.AC3-TeBuGG.part2.rar
http://www.fileserve.com/file/7dQ4Mrr/Saw.6.2009.Unrated.DVDRip.Xvid.AC3-TeBuGG.part3.rar
http://www.fileserve.com/file/hkpfbEh/Saw.6.2009.Unrated.DVDRip.Xvid.AC3-TeBuGG.part4.rar
http://www.fileserve.com/file/65zba6M/Saw.6.2009.Unrated.DVDRip.Xvid.AC3-TeBuGG.part5.rar
http://www.fileserve.com/file/S3Y6rWj/Saw.6.2009.Unrated.DVDRip.Xvid.AC3-TeBuGG.part6.rar
http://www.fileserve.com/file/pqd5k4S/Saw.6.2009.Unrated.DVDRip.Xvid.AC3-TeBuGG.part7.rar
http://www.fileserve.com/file/34T8Mv3/Saw.6.2009.Unrated.DVDRip.Xvid.AC3-TeBuGG.part8.rar
THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
::JUMPA LAGI a.k.a SEE YOU AGAIN::