Lilypie Kids Birthday tickers

Pages

Friday, May 28, 2010

article_reality :: by merahjauh aka farid omar

Takut untuk kita menjalani realiti yang datang menerpa dalam hidup. Setiap orang seringkali menganggap bahawa realiti adalah sesuatu yang menakutkan, termasuklah aku.. aku bukan nak takutkan korang tapi aku cuma nak beritahu korang bahawa sesetengah orang akan menghadapi realiti yang menakutkan. Jangan kita menganggap yang setiap realiti buruk akan terus buruk, semua tu kita boleh ubah sedikit demi sedikit walaupun ia adalah realiti bukan ilusi.. realiti ni akan dirasai oleh semua orang tak kira pangkat atau keturunan. Semua ni adalah lumrah yang Tuhan ciptakan dalam kehidupan kita yang bergelar manusia ni.. jadi korang terima ja la apa yang telah diberikan, selalunya setiap benda yang buruk tu hanyalah sementara saja.. jangan korang risau, just face it.

Kadangkala kita tak dapat menerima realiti ni, kenapa kita tak dapat menerimanya?? Adakah diri kita tak lagi memerlukan realiti ni?? Bagi diri aku, kita tak dapat menerimanya mungkin disebabkan oleh emosi dan fikiran kita yang masih lagi takut dan terkejut dengan apa yang telah berlaku. Tetapi, dalam diam realiti bukan hanya sesuatu yang membuat diri kita terhuyung-hayang memikirkan apa yang terjadi seterusnya bahkan ia juga akan membuat kita berasa tidak senang duduk, gelisah bagai cacing kepanasan.. mungkin bagi orang yang menganggap realiti adalah satu perkara yang remeh, dia akan mengambil mudah seperti bermain permainan video.. tembak sana,tembak sini, lompat sana and lompat sini. Tu ja yang mereka tahu.. last-last menyesal seumur hidup.

Kita pergi ke sekolah untuk belajar, betul tak?? belajar subjek-subjek yang kita tak tahu.. begitu juga dengan realiti. Kita perlu belajar untuk mengenalinya, dari A-Z.. kita belajar mengenali realiti adalah untuk kita mengenalinya dengan lebih dekat dan mendalam serta terperinci lagi, seperti juga kita belajar mengenali sahabat-sahabat sejiwa, geng dan kekasih hati. Makin kita mengenalinya makin menjadi sayang dan seronok.. Jika kita mengenali realiti kita tidak akan berasa gementar untuk menghadapinya walaupun realiti yang kita lalui itu besar.. Seperti yang aku katakan tadi, fikiran yang memainkan peranan penting dalam menjalani realiti yang dihadapi.. realiti juga akan menjadi sedikit sukar jika kita asyik memikirkan kesukaran untuk menghadapinya begitu juga sebaliknya. Aku tahu memang kita malas untuk belajar mengenali realiti, biasa la malas tu dah memang menjadi kebiasaan dalam diri kita.. tapi kita mesti membiasakan diri menjadi rajin untuk belajar mengenali realiti.

Tapi ada juga realiti yang tak perlu kita belajar tentangnya.. bagi aku realiti seperti ni susah juga untuk kita hadapinya, tapi menghadapi peperiksaan lagi susah.. yang hanya kita boleh lakukan cuma mendiamkan diri atau yang kita boleh buat lagi hanya tunggu dan lihat sama ada realiti ini akan berakhir ataupun sebaliknya.. tapi aku tahu korang hanya menginginkan realiti yang bagus dan mudah untuk menghadapinya, samalah la seperti aku.. aku pun lebih kurang ja. Realiti sebegini hanyalah realiti yang tak terlalu buruk dan menakutkan sangat.. selalunya hanya realiti yang suam-suam kuku saja, jadi tak payah la korang nak risau sangat tentang semua ni.. korang hanya perlu bertawakal je.

Semua realiti yang kita hadapi ni bukan hanya mainan dalam diri kita, selagi kita masih hidup diatas muka bumi ni realiti akan terus mekar seperti mekarnya bunga-bunga di taman.. realiti ni juga merupakan sesuatu yang menjadikan hidup kita lebih dewasa dan lebih matang untuk kita melayari hari-hari esok dengan lebih berani dan lebih cekal dalam menghadapi dugaan-dugaan yang melanda.. jadi realiti ni juga ada membawa kebaikan dan pengalaman indah dalam diri kita. KAMI..
THANKS DAUN KELADI FOR READING :)

0 candidates in class:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
::JUMPA LAGI a.k.a SEE YOU AGAIN::