Aku dan kamu
Tak dijangka aku akan
Mengenalimu
Menyukaimu
Dan terus mencintaimu
Dan tak dijangka juga
Kamu mahu mengenaliku
Walaupun sebelum ni
Kamu pernah kata padaku
Yang aku pelik, aku pembohong
dan aku hanya lelaki yang manis bicara
Wahai kenanganku
Tak terdetik sikit pun
Aku nak memainkan perasaan mu
Nak melukaimu
Nak mencelakan jiwamu
Wahai cintaku
Aku ikhlas, sangat-sangat ikhlas terhadap
Dirimu, perasaanmu dan cintamu
Aku sanggup menjadi
Penghapus cela dihatimu
Atas luka yang terdahulu, percayalah
Dari raut wajahmu, lirikan suaramu
Aku nampak sedikit keikhlasanmu
Mula membenih terhadapku
Aku syukur namun satu yang ku minta
Cuba menerimaku dalam hatimu
Wahai gadisku
Aku ingin kamu tahu
Yang kamu terlalu suci bagiku
Terlalu istimewa bagiku
Dan terlalu sempurna bagiku
Aku jujur, bukan hanya nak memujimu kosong
Aku pernah menangis, meraung keranamu
Fikiran selalu melayang mengingati mu
Dalam tidur, mimpi, dan setiap detik waktu
Tapi ini bukan sandiwara nak mendapatkan mu
Dan aku juga mahu kamu cuba
menyanyangiku
Menyukaiku
Dan menerimaku
Walaupun payah
Walaupun masih ada igauan-igauan
Orang terdahulu sebelum aku..
Percayalah gadisku, aku ikhlas mencintaimu,
menyayangimu
Hope with this poem, you can understand my true
feelings towards you – gadisku.
NURLAILI MAZLAN
1 candidates in class:
perghh farid ni jiwang gitu.
Post a Comment